Monday 24 February 2014

Sembelit??? Atasi seksa nak membuang ketika di dalam pantang

Salam readers dan followers irdinairis.blogspot.com semua. Hari ini saya nak sentuh tentang masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar khususnya ketika di dalam pantang. Sesungguhnya saya percaya pengalaman sembelit di dalam pantang ini bukanlah sesuatu yang meyeronokkan namun terpaksa ditempoh ramai ibu.

adi, mengapa masalah ini sering berlaku? Antara punca utama sembelit adalah kurangnya pengambilan air. Lazim mengetahui, amalan berpantang terutamanya cara berpantang orang Melayu yang telah diturunkan nenek moyang kita tidak menggalakkan si ibu untuk minum air dengan banyak atas alasan boleh menyebabkan perut buncit serta saluran faraj si ibu berair,

Di samping itu, pengambilan jamu-jamuan seperti minuman rebusan akar-akar kayu yang bersifat panas juga boleh mengundang kepada permasalahan ini. Tidak dilupakan, ramai ibu-ibu di dalam pantang dilarang sama sekali untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang secara semulajadinya mengandungi serat yang tinggi kerana buahan-buahan dan sayuran-sayuran tersebut dipercayai bersifat "sejuk" dan tidak sesuai.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa amalan-amalan inilah yang menjadi punca utama sembelit? Masalah sembelit berlaku kerana pergerakkan najis di dalam usus menjadi perlahan. Antara punca mengapa perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa
  • Otot pada saluran usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi sewaktu hamil
  • Keadaan psikologi si ibu atau takut untuk membuang air besar selepas bersalin berikutan bimbangkan luka episiotomi terbuka atau merasa sakit.
Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah sembelit di dalam pantang ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips seperti di bawah:
  • Perbanyakkan meminum air masak. Setiap orang dewasa disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Jika anda seorang ibu menyusu, kuantiti pengambilan air ini perlu dipertingkatkan lagi bagi melancarkan penghasilan susu, mengurangkan risiko jangkitan pada pundi kencing dan masalah kencing tak lawas serta untuk mengatasi masalah sembelit. Dehidrasi berikutan kekurangan air boleh mengganggu proses penyembuhan luka bersalin serta penghasilan susu. Justeru, pastikan anda meminum air secukupnya. Minum pada kuantiti yang sedikit namun kerap dan elakkan daripada meminum air sejuk sebaliknya jadikan air hangat atau suam sebagai rakan karib anda di dalam pantang.
  • Sekiranya anda merasa seperti hendak membuang air besar, usah ditangguhkan untuk ke tandas terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin kerana lebih lama anda menahan daripada membuang, lebih sukar dan keras najis anda.
  • Senaman ringan mahupun pergerakan lembut seperti berjalan secara perlahan-lahan bukan sahaja baik untuk kesihatan bagi mengembalikan tenaga selepas bersalin malah mampu meningkatkan kemudahan untuk anda membuang air besar. Cuma awasi agar anda tidak keterlaluan ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
  • Pastikan anda tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti contoh buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain serat, buahan dan sayuran juga tinggi kandungan Vitamin C yang sangat baik untuk penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.

Di samping tips-tips di atas, sekiranya anda masih risau atau pernah trauma dengan masalah sembelit ini sewaktu kelahiran anak terdahulu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan tablet kalsium Ostematrix. Ini kerana, kalsium sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. 

Justeru, pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.

No comments:

Post a Comment