Monday 24 February 2014

Sembelit??? Atasi seksa nak membuang ketika di dalam pantang

Salam readers dan followers irdinairis.blogspot.com semua. Hari ini saya nak sentuh tentang masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar khususnya ketika di dalam pantang. Sesungguhnya saya percaya pengalaman sembelit di dalam pantang ini bukanlah sesuatu yang meyeronokkan namun terpaksa ditempoh ramai ibu.

adi, mengapa masalah ini sering berlaku? Antara punca utama sembelit adalah kurangnya pengambilan air. Lazim mengetahui, amalan berpantang terutamanya cara berpantang orang Melayu yang telah diturunkan nenek moyang kita tidak menggalakkan si ibu untuk minum air dengan banyak atas alasan boleh menyebabkan perut buncit serta saluran faraj si ibu berair,

Di samping itu, pengambilan jamu-jamuan seperti minuman rebusan akar-akar kayu yang bersifat panas juga boleh mengundang kepada permasalahan ini. Tidak dilupakan, ramai ibu-ibu di dalam pantang dilarang sama sekali untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang secara semulajadinya mengandungi serat yang tinggi kerana buahan-buahan dan sayuran-sayuran tersebut dipercayai bersifat "sejuk" dan tidak sesuai.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa amalan-amalan inilah yang menjadi punca utama sembelit? Masalah sembelit berlaku kerana pergerakkan najis di dalam usus menjadi perlahan. Antara punca mengapa perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa
  • Otot pada saluran usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi sewaktu hamil
  • Keadaan psikologi si ibu atau takut untuk membuang air besar selepas bersalin berikutan bimbangkan luka episiotomi terbuka atau merasa sakit.
Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah sembelit di dalam pantang ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips seperti di bawah:
  • Perbanyakkan meminum air masak. Setiap orang dewasa disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Jika anda seorang ibu menyusu, kuantiti pengambilan air ini perlu dipertingkatkan lagi bagi melancarkan penghasilan susu, mengurangkan risiko jangkitan pada pundi kencing dan masalah kencing tak lawas serta untuk mengatasi masalah sembelit. Dehidrasi berikutan kekurangan air boleh mengganggu proses penyembuhan luka bersalin serta penghasilan susu. Justeru, pastikan anda meminum air secukupnya. Minum pada kuantiti yang sedikit namun kerap dan elakkan daripada meminum air sejuk sebaliknya jadikan air hangat atau suam sebagai rakan karib anda di dalam pantang.
  • Sekiranya anda merasa seperti hendak membuang air besar, usah ditangguhkan untuk ke tandas terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin kerana lebih lama anda menahan daripada membuang, lebih sukar dan keras najis anda.
  • Senaman ringan mahupun pergerakan lembut seperti berjalan secara perlahan-lahan bukan sahaja baik untuk kesihatan bagi mengembalikan tenaga selepas bersalin malah mampu meningkatkan kemudahan untuk anda membuang air besar. Cuma awasi agar anda tidak keterlaluan ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
  • Pastikan anda tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti contoh buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain serat, buahan dan sayuran juga tinggi kandungan Vitamin C yang sangat baik untuk penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.

Di samping tips-tips di atas, sekiranya anda masih risau atau pernah trauma dengan masalah sembelit ini sewaktu kelahiran anak terdahulu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan tablet kalsium Ostematrix. Ini kerana, kalsium sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. 

Justeru, pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.

Cara Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakarbuang dan bina.

1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard

                                       2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa

                                     3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch
 
BAKAR DAN BUANG :
Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.


Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!

BINA :
Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.


Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?

Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran



Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah  …

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6.       Diuji secara klinikal. 

Friday 14 February 2014

Set Kesuburan


1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

3) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

4) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
Alfalfa besifat alkali, vargina bersifat asid, jd bila vargina terlebih asid, sperma akn mati dgn cepat. Jd alfalaf boleh menutrealkan keadaan asid dlm vargina. So sperma boleh hidup lbh lama

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah..




Anak Bijak & Sihat



Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan.

Omega Guard:Omega adalah asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yang kurang anda sedari! Sedangkan zat ini amat baik untuk kesihatan anda!! Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA.